Saturday 28 January 2012

2012 Special Giveaway

Hai readers ! Wanie ada join 2012 Special Giveaway .. Nie merupakan giveaway yang pertama Wanie nak join. Korang pun ringan-ringankanlah jari join giveaway nie, hadiah yang ditawarkan pun menarik.

1. Pemenenag akan dipilih secara random. (kira nasib la)
2. Hadiah : 16 biji Red Velvet cupcake (untuk yang tinggal di area KL)
25 biji homemade coklat (yang tinggal di luar kawasan Kuala Lumpur)


Syarat - Syaratnya Ialah :


1) Buat 1 entry tentang giveaway ini yang bertajuk 2012 Special Giveaway.
2) Tepekkan banner giveaway ini dalam entry anda dan link kan sekali ke entry ini.
3) Bagi yang mempunyai akaun facebook sila add facebook Teha Dessert. WAJIBtau! =)
4) WAJIB share giveaway ini di laman sosial anda (facebook, twitter, tumbler, etc)
5) Nak follow? Silakan.. Tak nak follow? Takde masalah.. It is not compulsory =)
6) Tag minimum seorang kawan untuk join giveaway ini.
7) Tinggalkan link entry anda di ruangan komen. (notice me jika anda tiada akaun facebook)
8) Tarikh tamat giveaway adalah pada 31 January 2012

Saya tag sekali Aisyah , Kak Siti Shafika, Farhana, & Hayati , (jom join)
Sesiapa yang nak join, just 'klik' dekat banner pink yang comel itu , ok =,=

Tuesday 24 January 2012

Islam Itu Agama Yang Mudah :D


Hai readers ! Hari nie nak kongsi satu artikel yang saya terbaca di Majalah Jelita. Ok, tajuk artikel nie ialah " Perolehi 30 Markah Apabila Mengucapkan Salam ". Mungkin anda akan tertanya-tanya, bagi Salam pun boleh dapat 30 Markah ?

Nak tahu macam mana dapat full marks ? Check this out!
Salam itu sendiri membawa maksud 'selamat sejahtera ke atas kamu'. Ia boleh di ucapkan kepada semua umat Islam. Jadi, kita sekaligus mendoakan kesejahteraan orang itu. Sebaik-baiknya, ucapan Salam yang kita pertuturkan diiringi dengan senyuman yang ikhlas :)

Jika kita mengucapkan 'assalamualaikum' , kita mendapat 10 markah ! apabila mengucapkan 'assalamualaikum warahmatullah' kita peroleh 20 markah dan jika mengucapkan 'assalamualaikum warahmatullahi wabarakatu' kita mendapat 30 markah.

So, kita nak yang berapa markah punya ?? 10, 20 atau 30 markah ? tepuk dada, tanya diri ...
Jadi, di samping kita mendapat markah, kita juga mendapat pahala dalam bersedekah. BERSEDEKAH ? Ye lah, ucapan Salam dan senyuman itu juga adalah sebahagian daripada kita bersedekah.

Tidak semestinya jika kita nak bersedekah kita perlu menghulurkan wang ringgit atau barang-barangan yang "branded" kan ? Ok, seperti yang saya katakan tadi, Islam itu agama yang simple, senang untuk kita melakukan kebaikan dan senang untuk kita mendapat ganjaran (pahala).

"WALLAHUALAM"

Saturday 21 January 2012

Wanita Itu Amat Bernilai JIka ...





Wanita adalah hiasan dunia . Hiasan dunia yang paling cantik ialah wanita yang SOLEHAH dan baik MARUAHNYA.

Tanda-Tanda Perempuan Yang Baik Maruahnya :-

1. Baik perangainya terhadap suaminya, anak-anaknya, ibu-bapanya, rakan-rakannya, jiran-tertangganya dan masyarakatnya.

2. Tidak jahat mulutnya iaitu tidak gemar mengadu-mengadu hal kepada ibu-bapa, rakan-rakan, jiran-jiran tentang keburukan suaminya.

3. Banyak sabarnya dalam menempuh segala kesusahan ujian Allah, dan dalam mengerjakan perintah-perintahNya.

4. Tidak berhias ketika keluar rumah kerana kecantikan isteri hanyalah untuk suaminya sahaja dan bukan untuk orang lain.

5. . Tidak cepat keluh-kesah dalam menempuh kehidupan, sentiasa ada rasa syukur dan sabar.

6. Tidak memaksa suami untuk memenuhi segala keinginannya.

7. Memadai (REDHA) dengan apa-apa pemberian suaminya sama ada pemberian suami itu digemari atau tidak.

8. Tidak gemar banyak cakap, cakap sekadar yang perlu sahaja.

9. Patuh kepada perintah suami samada dalam keadaan susah atau senang kecuali yang ditegah oleh agama.

10. Menjadi pendorong, pemberi semangat, penasihat dalam hal-hal kebajikan suami dan rumah tangga.

11. Memahami hal-hal yang digemari dan yang dibenci oleh suami.

________________________________________________________________________________________________

Rasulullah SAW bersabda , “Mana-mana perempuan yang meninggal dunia dalam keadaan suaminya redha padanya, maka dia akan masuk syurga”.

(HR At-Tirmidzi)


Dari Aisyah ra yang menceritakan; Aku bertanya Rasulullah; “Siapakah yang paling besar haknya ke atas seorang perempuan?”. Jawab Nabi; “Suaminya”. Aku bertanya lagi; “Siapakah yang paling besar haknya ke atas seorang lelaki?”. Jawab Nabi; “Ibunya”.

(HR al-Hakim)

WALLAHUALAM