Monday 30 April 2012

Bersama salah seorang rakan =)

Hai readers ^^, let's look at this picture, before that nie salah seorang B.E.S.T.F.R.I.E.N.D. wanie, nama dia Aisyah Zulkifli, nama saya Irwani Zulkifli (hehe, saje jew bold nama kat blakang tu, kami bukan adik beradik tetapi hanya saudara sesama Islam) :DD.

Wanie rapat ngan Aisyah nie since form 1, tapi kenal dah lama, dari sekolah rendah, cuma form 1 until form 2 sama kelas, tu yang jadi kawan rapat, hehehe, bila masuk form 3, dah tak sama kelas, form 4 pulak, masing2 dah aliran kelas yang lain, Aisyah nie Science 1 (ada bio) Wanie Science 2 (ada account), sekarang dah Form 5, still rapat lagi, walaupun dah jarang bersembang, yelah, kelas lain2.

Tapi kan, Alhamdulillah, sampai sekarang masih utuh tali persahabatan antara kami, kalau kau (Aisyah) terbaca entry nie, aku just nak cakap, Sister, I Love You Lillah For The Sake Of Allah =) kalau ada apa2 masalah, kita boleh story-mory macam dulu2 ... hehehe

#P/S:buat kawan2 yang lain, nanti aku buat story pasal korang pulak ek ^^

(sila scroll ke bawah ;)

-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-


Sunday 29 April 2012

Chocolate Banana Popsicle


Hai readers, hari nie wanie mengisi masa lapang dengan mencuba satu resipi baru, itu pun secara kebatulan terjumpa kat iluvislam semalam, nama die *Chocolate Banana Popsicle*. Cara nak buat pun senang, tidak memerlukan bahan yang banyak. So, check this out *_*

(Resipi untuk 6 batang aiskrim)
Bahan-bahan dan Peralatan :

-3 biji pisang yang tidak terlalu masak
- 150g coklat / coklat putih separa manis
- 3tsp shortening (vegetable fat)
- sprinkles warna-warni / coklat
- 6 batang kayu aiskrim
- kertas minyak (parchment paper)

Cara-cara Membuat :

1. Kupas kulit pisang dan potong pisang kepada dua bahagian. Cucuk kayu aiskrim di pisang tersebut hingga ke bahagian tengahnya, menjadikannya seperti aiskrim. Simpan di dalam freezer sementara anda persiapkan bahan-bahan lain. Pisang yang sejuk akan membuatkan coklat mengeras lebih cepat.

2. Letakkan kertas minyak di atas meja. Sediakan sprinkles. Masukkan coklat separa-manis dan 1 1/2 tsp shortening ke dalam sebuah mangkuk. Cairkankan coklat didalam microwave pada suhu 100oC selama 30 saat. Kemudian, kacau, serta microwavekan sekali lagi. Ulang untuk kali ketiga, jika perlu, sehingga coklat tersebut telah benar-benar cair. Ulangi untuk coklat putih *jika menggunakannya*.

3. Ambil satu pisang dari dalam freezer (satu persatu). Letakkan di atas kertas minyak tersebut, dan tuangkan adunan coklat tadi ke atasnya. Golek-golekkan pisang tersebut sehingga coklat telah menyaluti kesemua permukaan pisang.

4. Hiaskan pisang tersebut dengan sprinkles yang anda sukai. Gunakan kreativiti anda untuk menghias pisang tersebut. Pegang pisang tersebut selama lebih kurang seminit, untuk membiarkan coklat dan sprinkles tersebut melekat dengan kukuh. Setelah itu masukkan kembali ke dalam freezer. Setelah semua pisang telah siap disaluti coklat dan dihias, masukkan ke dalam freezer selama 45-60 minit. Selepas itu, boleh dimakan seperti aiskrim =)

Selamat Mencuba ^^
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-

(gambar ni takde kaitan dengan resipi kita diatas yew)
hehehehe = ="

Friday 27 April 2012

Tolong elakkan penangguhan wahai Irwani =)


Hai readers **, artikel nie wanie nak kongsi khusus untuk diri wanie sendiri dan untuk semua. Masalah bertangguh atau dalam Bahasa Inggerisnya 'procastination' merupakan satu ancaman kronik bagi ramai umat Islam di Malaysia mahupun seluruh dunia. Oleh kerana terbiasa dengan sikap bertangguh, sesuatu matlamat atau tujuan itu sukar untuk direalisasikan dengan sempurna dan cemerlang. Berikutan itu, di sini terdapat beberapa tips untuk mengatasi masalah ini.

1) Kenal pasti sebab penangguhan sesuatu tugasan.
Tanya kepada diri anda, adakah anda takut akan gagal dalam tugasan tersebut? Ataupun, anda seorang yang mementingkan kesempurnaan yang hanya akan memulakan kerja setelah semuanya selesai? Ataupun anda seorang yang mudah terganggu dan tidak fokus dalam melangsaikan sesuatu tugasan?

2) Kenal pasti tugasan anda dan bahagikannya kepada tugasan yang
lebih kecil.
Satu tips motivasi pernah dikongsikan, untuk makan seeokor gajah, caranya adalah dengan memotong daging gajah itu kepada ketulan kecil daging.

3) Letakkan tarikh akhir untuk tugasan anda.
Cuba berikan tarikh dan masa untuk sesebuah tugasan. Contohnya, anda meletakkan matlamat untuk menghabiskan membaca sebuah buku dalam masa 1 minggu.

4) Mulakan dengan tugasan yang mudah dahulu.
Ini bertujuan untuk memberi momentum kepada anda untuk bergerak. Hal lain seterusnya akan menjadi mudah kerana momentum yang sedia ada.

5) Mulakan dengan tugasan yang anda rasa sukar.
Ini bercanggah dengan tips 6. Manfaat tips ini adalah untuk memberikan psikologi kelegaan kepada anda. Selepas anda berjaya menyelesaikan sesuatu tugasan yang sukar, anda akan merasa sangat selesa kerana merasakan sebuah beban telah berjaya dialih. Tips ini memberi kepuasan kepada diri.

6) Memberitahu orang lain tentang tugasan anda.
Contohnya, anda memberitahu kepada orang lain bahawa anda akan menyiapkan sesuatu tugasan dalam tempoh yang ditetapkan. Ini akan menimbulkan rasa tanggungjawab di dalam diri anda untuk melunaskan tugasan tersebut.

7) Elakkan berada di tempat yang mampu menggangu anda.
Contohnya anda boleh memilih untuk belajar di perpustakaan atau tempat lain yang lebih sunyi jika anda bimbang anda akan leka dengan internet.

Sunday 22 April 2012

Training yang boleh membuatkan saya nak pengsan =='


Hai readers ^^, nampak kan gambar yang terpampang kat atas tu, haaa, semalam (hari Ahad) wanie ada training badminton under Kelab . . . (kelab apa ek?haha, tak ingat, sorry2). Wanie baru jew masuk kelab nie awal bulan 4, tapi start pergi latihannya semalam, hahaha . .teruk betul kan?

Ok, maknanya setiap hari Ahad wanie ada latihan start dari jam 10a.m-12p.m, (semalam lewat 30minit atas sebab yang tak dapat dielakkan) hehe, sampai2 je kena buat long and short serve.

macam nie lah caranya . . .tapi, benda nie lagi senang berbanding nak kena
pukul shuttlecock tu paras2 jaring . . . @_@

berapa kali entah coach tu tunjuk kat wani cara2 nak pukul shuttlecock
paras2 jaring, benda bukan susah pun, tapi wani memang
suka pukul kuat2 ~~ haha, salah sendiri . . *-*

Oh, lupa pulak, latihan nie buat kat stadium MBI Ipoh berhadapan dengan Stadium Perak, tapi semalam kan, macam kena dera sebab coach tu asyik suruh wani jew, yelah, budak baru kan, hahaha, (padan muka kat diri sendiri)! kena lari kedepan dan kebelakang sambil membawa shuttlecock dan susun balik (dapat bayangkan tak apa yang wanie cuba sampaikan?hehe) kalau tak faham, sila abaikan. . =="

Tulah, dulu tak nak selalu exercise, kan dah cepat pancit *bebel kat diri sendiri*, memang terasa urat tu tegang semacam, sampai nak jalan sekarang nie pun terhincut-hincut, hahaha, tang peha lah paling terasa, nak duduk ngan berdiri pun susah ~~ orang panggil urat terkejut kan?hahaha, (ada hati nak jadi pemain badminton profesional konon) #sila abaikan. . .

fuhhhh, letih kot . .

Tak pe, nie baru permulaan, nanti akan terbiasa jugak, bak kata omputih "practise makes perfect" right? mulai hari ini, wanie akan training betol2, walaupun yuran tu tak sampai beratus-ratus ringgit sebulan, tapi duit jugak kan. . .hahaha

Friday 20 April 2012

Salam Takziah buat Sahabat . . .

Hai readers ! lama wanie tak mengupdate blog nie, mana tak nya, selepas dah kena hack buat kali ke-2 nie, seriously banyak nak kena edit balik, ok (tutup cerita!)

Before that, buat Syazana, aku tahu kamu kuat, itu sebab Allah berikan ujian ini buat kamu, Insya-Allah, semoga arwah ayah kamu ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman, Amin . .

Kita dengan kawan2 yang lain sentiasa ada untuk kamu, kamu kena ingat tu okay =) Friends till Jannah ok ^^. .


Gambar nie masa pergi kenduri tahlil di rumah Syazana. .
Dari kiri: (berbaju oren) Syazana, Arina,*saya* (okay, saya tak tinggi), Zanatul, Sabrina & Hayati


#setiap apa yang berlaku pasti ada hikmahnya, contohnya, setelah 2tahun lebih wanie tak jumpa zanatul, akhirnya kami bertemu kembali, dan lagi satu, masa kita berada didalam kesusahan seperti ini, baru kita dapat tahu yang mana sebenarnya KAWAN =) syazana, semoga kuat okay.


Sunday 1 April 2012

SEGMEN : BLOGLIST April - Mei by Sharfynarz



Click banner untuk join (=

'MAGNOLIA PERT GIVEAWAY 2012'

Hai readers ! semenjak dah tak de fb nie kan, serius memang bosan, hmmmm . . . tapi tak pe, hanya untuk 4 bulan ! (fighting^^) so, sekarang nie, wanie akan try untuk masuk segala Giveaway yang ada , insya-Allah =)

Jom join Giveaway yang nie, (jam tangan die memang sangat, sangat, sangat awesome)
#ade 2 pilihan jam, korang pilih salah satu sahaja, okay ^^ wanie pilih jam tangan lelaki, sebab cantik =) hehehehe


Click banner untuk join :3

Topup Giveaway by Naili



Click banner untuk join ^^'