Saturday 28 July 2012

I've been proposed, I'm engaged :)

Assalamualaikum & hai reades ^^ tengok tajuk atas tu macam wani pulak yang kena proposed #hewww.. sebenarnya wani baru tengok video seorang blogger nie, dalam video tu dia menceritakan cara dia di 'proposed' oleh bakal tunang now dah jadi husband die ^^ ya Allah, sumpah memang sweet cara dia orang. . .

Bercinta selepas nikah, itulah yang kebanyakkan orang zaman sekarang nak buat, selain dapat elakkan daripada maksiat terus berleluasa kan?? blogger nie dikenali dengan nama Dena Bahrin umur baru 20, kiranya dia orang kahwin pada usia yang muda lah, sweet apa mcam tu
>.<

Kalau korang nak tengok sejauh mana sweet ke tak cara husband die 'proposed' die, tengok video kat bawah nie, pastikan tengok sampai habis, wani feel gilerr tengok video nie, rasa nak mengalirkan air mata *okay, terlebih over, tapi memang betul pun*

Memang betul lah "lelaki yang baik, untuk perempuan yang baik" & "keluarga yang soleh bermula dari perhubungan yang suci" ~~~ wani hope one day, wani berjumpa dengan lelaki baik macam nie, aminn =) tak salah kita berdoa agar dipertemukan jodoh yang baik2, malah ustazah wani pernah cakap, time kita umur macam nie lah kita patut berdoa, mana nak tahu, kot2 wani dipertemukan jodoh dalam usia muda macam nie, mana nak tahu jugak lah kan, ade orang nak proposed wani ke, hahaha, angan2 boleh lah ~~~ hehe, *umur baru 17 dah gataii*haha, tak salahkan?? kbyee ^^


btw, selamat pengantin baru untuk both of u ;)

I've been proposed




Thursday 26 July 2012

Tak dapat PLKN =( waaaaaaaa, sedihnya


Hai readers, hari nie dah keluar untuk senarai semak first intake yang dapat pergi PLKN bagi tahun 2013. And u know what, wani tak dapat, dan ini membuatkan wani rasa nak menangis, kawan yang duduk sebelah dalam kelas dapat pulak =="

Wani berharap dapat, walaupun ade 2nd intake and intake2 yang lain, 1st intake jugak yang best ^^ "tulah orang selalu cakap, jangan terlalu berharap" hahaha, ini tidak adil, nak buat rayuan, agak2 boleh tak??

Ade jugak yang tak nak pergi, dapat pergi, contohnya macam kawan yang duduk sebelah dalam kelas, dapat, tak mau pergi, ramai jugak yang tak nak pergi, heyyy, it's was a good activity lah, dapat elalun walaupun tak banyak, nanti boleh jadi kurus silap2 tough terus, hahaha....tak kira, nak buat RAYUAN jugak!!!

So, batch yang lahir tahun 1995 yang tak semka lagi, boleh klik sini "Semakan PLKN" semoga berjaya ^^ bubbye. *nak menangis kejap lah*haha


Thursday 19 July 2012

Senamrobik 1Murid 1Sukan 1Malaysia ;) best kott!


Hai readers ^^ selamat menyambut kedatangan bulan ramadhan, semoga ramadhan kali ini lebih bermakna dan diberkati dengan segala amal-amal ibadah yang kita lakukan :) aminn

Hari nie wani nak update pasal Senamrobik 1Murid 1Sukan 1Malaysia yang diadakan serentak pada 03/07/2012 di seluruh sekolah-sekolah yang terdapat di Malaysia. Acara ini telah berjaya dimuatkan dalam "The Malaysia Book of Records" *give a big claps* Pada tahun nie, SMK TAMBUN *sekolah saya* yang terletak di Ipoh, Perak telah menjadi tuan rumah bagi Peringkat Daerah dan kami warga sekolah semestinya berbangga kerana sekolah kami terpilih menjadi Tuan Rumah ~~ *nanti dapat sijil peringkat kebangsaan* muka excited (^_^)

Sorry sebab sekian lama baru nak berupdate, hehe, masa Senamrobik tu diadakan, memang ramai VIP dari Jabatan Pelajaran Perak yang turun, Ibu bapa turut memberikan sokongan, *it's really awesome kay* meriah habisss u alls, kuikuikui ~_~ Senamrobik tu tak lama, 30minit masa yang diperuntukkan dan nak tahu tak??? wani pun tiba-tiba terlebih excited ketika bersenamrobik tu ~~ *alahhhhh, tahun akhir kat sekolah, rugilah kalau tak beri sokongan yang padu kan??

Jom kita usha gambar pulak, sorrylah muka I memang annoying + dah sunburn sebab hari tu berkawad, berbelang dah ~~ hahaha :)

u know what?? sekolah menghabiskan belanja yang besar
untuk ballon yang sangat cantik nie ~~
*daripada dok lepaskan ballon tu ke udara, baik bagi I*
hahahaha, mahall kot ballon nie, colourful gitu ^^


kami kena pakai baju kuning nie sebab kena bagi
goodies kat VIP~~
senang cerita, kami merupakan Pengawas Pusat Sumber yang
sangat berdedikasi. .haha





meet my supportive friends ^^ awesome bila ade kawan
macam nie ~~


Pada hari Senamrobik tu juga, sekolah wani telah dikunjungi oleh wartawan-wartawan dari paper Berita Harian, Kosmo dan Sinar Harian ~~ skuad berita dari stesen RTM dan TV3 juga turut hadir dalam membuat liputan yang sangat gah ~~ *ayat tu tak boleh nak bombastic lagi ke???hahaha* tapi betul lah, dema datang untuk membuat liputan ~~ada masuk tv hari tu, tapi ,malangnya, wani tak termasuk dalam berita tu ~~ hahahahaha =="

Wani and the gang juga sempat masuk aktiviti sampingan yang diadakan selepas Senamrobik tu, iaitu Bola Jaring, kami menang, hamper besarrrr kott! wahhhh, tak sangka I seorang player yang berbakat ~~ haha *perasan sudahhhh*

I yang pakai bip GD tu ^^
sebelah tu pemain terer, wakil sekolah, I boleh wakil kan
diri untuk tengok je lah bila dia orang ada game~~ haha


And the last one, gambar bersama Cikgu Rosniwati, cikgu BM saya ~~
cikgu yang memahami ~~~
luv u lahh, muah muah muah :)

Setakat ini jelah, nanti wani update lagi, kay ~~ bubbye, sayang korang <3


Saturday 14 July 2012

Transformasi, transformation, transformer? apakah?

Assalamualaikum, hai readers, tengok tajuk tu? hahaha, merepek ==" sebenarnya wani nak change layout blog nie, terasa nak pakai template yang biasa, tak mau guna blogskin.

So, it may takes a few days or week or month or year . . .hahaha, (kok kelamaan ya mau tukar layout nya) haha #speaking indon dahhh. Lately ni memang wani sibuk, trial SPM dah nak dekat, tinggal 45 hari lagi, aiyoooo, takut betul, ulangkaji pun tak concentrate sangat * apa nak jadi lah kau wani? jadi pensyarah lah, haha, Insya-Allah* =)

Ohh, btw Ramadhan is coming, i'm so excited to face it, semoga wani sempat untuk bertemu dengan ramadhan for this year . .aminn ;) kbye

Sunday 8 July 2012

Susah kan nak berubah?

Hai readers~~ actually, wanie tak tahu nak update apa dah, asal nak update je, mesti perasaan malas tu datang ==" lol, susahnya aku nak berubah ke arah kebaikan!! Sebenarnya dah berlambak idea2 dalam kepala nie nak update, like I said just now, malas dohh, MALAS, bak kata cikgu2 kat sekolah "virus M dah merebak" haha, oke stop it!

Trial SPM pun dah nak dekat, baru sekarang nak datang keinsafan utk study yea wanie? hehe, SPM 5/11, Trial 28/8, woahhh, nak dekat dah ~~ tak pe, don't panic, just focus on your study right now :) *ayat penyedap hati* haha

Dengan "mood" yang tak menentu lately nie, (sampaikan kawan dah tegur dlm kelas knapa berdiam diri?) haha, it's normal right, ada kalanya kita perlu berdiam, senyum tak perlu kata apa-apa~~~ hehehe.



kat atas tu, jadual ulangkaji yang disediakan oleh cikgu kami
yang sangat care pasal pelajaran kami ^^
*smpai cikgu yang buatkan jadual?*


thanks SIR ^^ (die ajar chemistry, kadangkala ajar SIVIK juga)


Btw, comel kan budak2 nie?
hehe, wanie sukakan budak sebenarnya ~~~

-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-


last pictures ~~~
nanti aku ceritakan lebih lanjut tentang gambar nie ^^