Friday 31 August 2012

Perjalanan Hidupku ~~

muka i dah matang sangat ke?? haha
sebab hari tu pergi beraya rumah aunt, ada ke patut tanya wani dah kahwin??
OMG!! *terdiam seribu bahasa kat situ* sambil adik & sepupu dah dok gelak-2 kat belakang!!
tapi, terima kasih mak cik sebab mendoakan, muahaha :DD
p/s : anak mak cik hensem, tapi dah nak kahwin, lol. kbye, jangan lupa jemput nanti.


Assalamualaikum and hye to all readers :D setelah sekian lamanya wani tak berupdate di sebabkan kekangan masa #over je ayat!hehe. Actually wani dah start trial, that's why rasa malas nak online or blogging dalam masa terdekat ==" selepas 8 hari, barulah terdetik nak usha-usha sekejap apa yang terjadi kat blog nie, kekeke!

Tahun ni mood beraya dicampur adukkan dengan mood nak exam, ohohoho very ohsemm!!Tapi, tak rugi berkorban masa raya ni, sebab exam lagi penting. Setakat semalam, 3 paper (bm, bi dan sejarah) berjaya diharungi dengan baik, alhamdullilah #tak sia-sia study walaupun diserang demam, batuk & selesema.

Kita tak boleh nak merungut bila sakit, sebab sakit itu kifarah dosa, kita kena berdoa untuk diberikan kesihatan yang baik :) - pesan Kak Zarith.

Selepas study group dan mendengar kata-kata semangat dari si Abang melalui phone semalam, wani berfikir sejenak :~

"kalau orang lain boleh berjaya, kenapa kita tak boleh?? semua orang diberi akal fikiran, jadi terserah kepada kita nak bentuk pemikiran kita tu macam mana" *senyum sorang-2, ngeeee :D*

Jadi, dikesempatan ini juga wani nak wish 'selamat hari merdeka' kepada seluruh rakyat Malaysia. Kita seharusnya bersyukur sebab dah 55 tahun mencapai kemerdekaan, ingat senang ke nak mengekalkan keamanan yang sedia ada?? For your information, Malaysia merupakan negara yang ke-19 paling selamat berbanding 153 buah negara di seluruh dunia. So, i'm proud with it :D orang lain dok berlumba-lumba nak masuk kerja kat sini, kita dok sibuk-sibuk nak buat segala macam perhimpunan yang haram, ish ish ish, #dunia oh dunia =="