Friday 28 September 2012

Another step to go !!

Assalamualaikum and hye readers :) maaf sebab lama tak update, busy nak SPM! hehe, alhamdulillah, trial dah habis, tak bererti sudah merdeka, lagi 5minggu sebelum exam yang sebenar-benarnya = ='

Markah jangan cakap lah!! *menangis* kena muhasabah diri balik, nak result yang gempak, tapi banyak buat careless mistake dan usaha tak setanding dengan apa yang kita nak capai :'( alhamdullilah, semalam sudah buat solat hajat & bacaan yassin kat sekolah :) insya-Allah, semoga dipermudahkan untuk memperoleh kecemerlangan di dunia & akhirat :)



Friday 31 August 2012

Perjalanan Hidupku ~~

muka i dah matang sangat ke?? haha
sebab hari tu pergi beraya rumah aunt, ada ke patut tanya wani dah kahwin??
OMG!! *terdiam seribu bahasa kat situ* sambil adik & sepupu dah dok gelak-2 kat belakang!!
tapi, terima kasih mak cik sebab mendoakan, muahaha :DD
p/s : anak mak cik hensem, tapi dah nak kahwin, lol. kbye, jangan lupa jemput nanti.


Assalamualaikum and hye to all readers :D setelah sekian lamanya wani tak berupdate di sebabkan kekangan masa #over je ayat!hehe. Actually wani dah start trial, that's why rasa malas nak online or blogging dalam masa terdekat ==" selepas 8 hari, barulah terdetik nak usha-usha sekejap apa yang terjadi kat blog nie, kekeke!

Tahun ni mood beraya dicampur adukkan dengan mood nak exam, ohohoho very ohsemm!!Tapi, tak rugi berkorban masa raya ni, sebab exam lagi penting. Setakat semalam, 3 paper (bm, bi dan sejarah) berjaya diharungi dengan baik, alhamdullilah #tak sia-sia study walaupun diserang demam, batuk & selesema.

Kita tak boleh nak merungut bila sakit, sebab sakit itu kifarah dosa, kita kena berdoa untuk diberikan kesihatan yang baik :) - pesan Kak Zarith.

Selepas study group dan mendengar kata-kata semangat dari si Abang melalui phone semalam, wani berfikir sejenak :~

"kalau orang lain boleh berjaya, kenapa kita tak boleh?? semua orang diberi akal fikiran, jadi terserah kepada kita nak bentuk pemikiran kita tu macam mana" *senyum sorang-2, ngeeee :D*

Jadi, dikesempatan ini juga wani nak wish 'selamat hari merdeka' kepada seluruh rakyat Malaysia. Kita seharusnya bersyukur sebab dah 55 tahun mencapai kemerdekaan, ingat senang ke nak mengekalkan keamanan yang sedia ada?? For your information, Malaysia merupakan negara yang ke-19 paling selamat berbanding 153 buah negara di seluruh dunia. So, i'm proud with it :D orang lain dok berlumba-lumba nak masuk kerja kat sini, kita dok sibuk-sibuk nak buat segala macam perhimpunan yang haram, ish ish ish, #dunia oh dunia =="




Saturday 28 July 2012

I've been proposed, I'm engaged :)

Assalamualaikum & hai reades ^^ tengok tajuk atas tu macam wani pulak yang kena proposed #hewww.. sebenarnya wani baru tengok video seorang blogger nie, dalam video tu dia menceritakan cara dia di 'proposed' oleh bakal tunang now dah jadi husband die ^^ ya Allah, sumpah memang sweet cara dia orang. . .

Bercinta selepas nikah, itulah yang kebanyakkan orang zaman sekarang nak buat, selain dapat elakkan daripada maksiat terus berleluasa kan?? blogger nie dikenali dengan nama Dena Bahrin umur baru 20, kiranya dia orang kahwin pada usia yang muda lah, sweet apa mcam tu
>.<

Kalau korang nak tengok sejauh mana sweet ke tak cara husband die 'proposed' die, tengok video kat bawah nie, pastikan tengok sampai habis, wani feel gilerr tengok video nie, rasa nak mengalirkan air mata *okay, terlebih over, tapi memang betul pun*

Memang betul lah "lelaki yang baik, untuk perempuan yang baik" & "keluarga yang soleh bermula dari perhubungan yang suci" ~~~ wani hope one day, wani berjumpa dengan lelaki baik macam nie, aminn =) tak salah kita berdoa agar dipertemukan jodoh yang baik2, malah ustazah wani pernah cakap, time kita umur macam nie lah kita patut berdoa, mana nak tahu, kot2 wani dipertemukan jodoh dalam usia muda macam nie, mana nak tahu jugak lah kan, ade orang nak proposed wani ke, hahaha, angan2 boleh lah ~~~ hehe, *umur baru 17 dah gataii*haha, tak salahkan?? kbyee ^^


btw, selamat pengantin baru untuk both of u ;)

I've been proposed