

Wanita adalah hiasan dunia . Hiasan dunia yang paling cantik ialah wanita yang SOLEHAH dan baik MARUAHNYA.
Tanda-Tanda Perempuan Yang Baik Maruahnya :-
1. Baik perangainya terhadap suaminya, anak-anaknya, ibu-bapanya, rakan-rakannya, jiran-tertangganya dan masyarakatnya.
2. Tidak jahat mulutnya iaitu tidak gemar mengadu-mengadu hal kepada ibu-bapa, rakan-rakan, jiran-jiran tentang keburukan suaminya.
3. Banyak sabarnya dalam menempuh segala kesusahan ujian Allah, dan dalam mengerjakan perintah-perintahNya.
4. Tidak berhias ketika keluar rumah kerana kecantikan isteri hanyalah untuk suaminya sahaja dan bukan untuk orang lain.
5. . Tidak cepat keluh-kesah dalam menempuh kehidupan, sentiasa ada rasa syukur dan sabar.
6. Tidak memaksa suami untuk memenuhi segala keinginannya.
7. Memadai (REDHA) dengan apa-apa pemberian suaminya sama ada pemberian suami itu digemari atau tidak.
8. Tidak gemar banyak cakap, cakap sekadar yang perlu sahaja.
9. Patuh kepada perintah suami samada dalam keadaan susah atau senang kecuali yang ditegah oleh agama.
10. Menjadi pendorong, pemberi semangat, penasihat dalam hal-hal kebajikan suami dan rumah tangga.
11. Memahami hal-hal yang digemari dan yang dibenci oleh suami.
________________________________________________________________________________________________
Rasulullah SAW bersabda , “Mana-mana perempuan yang meninggal dunia dalam keadaan suaminya redha padanya, maka dia akan masuk syurga”.
(HR At-Tirmidzi)
Dari Aisyah ra yang menceritakan; Aku bertanya Rasulullah; “Siapakah yang paling besar haknya ke atas seorang perempuan?”. Jawab Nabi; “Suaminya”. Aku bertanya lagi; “Siapakah yang paling besar haknya ke atas seorang lelaki?”. Jawab Nabi; “Ibunya”.
(HR al-Hakim)
WALLAHUALAM
