Tuesday, 24 January 2012

Islam Itu Agama Yang Mudah :D


Hai readers ! Hari nie nak kongsi satu artikel yang saya terbaca di Majalah Jelita. Ok, tajuk artikel nie ialah " Perolehi 30 Markah Apabila Mengucapkan Salam ". Mungkin anda akan tertanya-tanya, bagi Salam pun boleh dapat 30 Markah ?

Nak tahu macam mana dapat full marks ? Check this out!
Salam itu sendiri membawa maksud 'selamat sejahtera ke atas kamu'. Ia boleh di ucapkan kepada semua umat Islam. Jadi, kita sekaligus mendoakan kesejahteraan orang itu. Sebaik-baiknya, ucapan Salam yang kita pertuturkan diiringi dengan senyuman yang ikhlas :)

Jika kita mengucapkan 'assalamualaikum' , kita mendapat 10 markah ! apabila mengucapkan 'assalamualaikum warahmatullah' kita peroleh 20 markah dan jika mengucapkan 'assalamualaikum warahmatullahi wabarakatu' kita mendapat 30 markah.

So, kita nak yang berapa markah punya ?? 10, 20 atau 30 markah ? tepuk dada, tanya diri ...
Jadi, di samping kita mendapat markah, kita juga mendapat pahala dalam bersedekah. BERSEDEKAH ? Ye lah, ucapan Salam dan senyuman itu juga adalah sebahagian daripada kita bersedekah.

Tidak semestinya jika kita nak bersedekah kita perlu menghulurkan wang ringgit atau barang-barangan yang "branded" kan ? Ok, seperti yang saya katakan tadi, Islam itu agama yang simple, senang untuk kita melakukan kebaikan dan senang untuk kita mendapat ganjaran (pahala).

"WALLAHUALAM"

4 comments:

  1. wa alaikum salam warahmatullah ...

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh~ *smile*

    ReplyDelete
  3. yup, betul tu..hehe..waalaikumussalam warahmatullahi wabarakatuh :)

    ReplyDelete

Hai Readers *big smile*
Tinggalkan comment anda disini,satu pun ok lah ~
Terima Kasih sebab sudi singah ke blog saya :)