Saturday 21 January 2012

Wanita Itu Amat Bernilai JIka ...





Wanita adalah hiasan dunia . Hiasan dunia yang paling cantik ialah wanita yang SOLEHAH dan baik MARUAHNYA.

Tanda-Tanda Perempuan Yang Baik Maruahnya :-

1. Baik perangainya terhadap suaminya, anak-anaknya, ibu-bapanya, rakan-rakannya, jiran-tertangganya dan masyarakatnya.

2. Tidak jahat mulutnya iaitu tidak gemar mengadu-mengadu hal kepada ibu-bapa, rakan-rakan, jiran-jiran tentang keburukan suaminya.

3. Banyak sabarnya dalam menempuh segala kesusahan ujian Allah, dan dalam mengerjakan perintah-perintahNya.

4. Tidak berhias ketika keluar rumah kerana kecantikan isteri hanyalah untuk suaminya sahaja dan bukan untuk orang lain.

5. . Tidak cepat keluh-kesah dalam menempuh kehidupan, sentiasa ada rasa syukur dan sabar.

6. Tidak memaksa suami untuk memenuhi segala keinginannya.

7. Memadai (REDHA) dengan apa-apa pemberian suaminya sama ada pemberian suami itu digemari atau tidak.

8. Tidak gemar banyak cakap, cakap sekadar yang perlu sahaja.

9. Patuh kepada perintah suami samada dalam keadaan susah atau senang kecuali yang ditegah oleh agama.

10. Menjadi pendorong, pemberi semangat, penasihat dalam hal-hal kebajikan suami dan rumah tangga.

11. Memahami hal-hal yang digemari dan yang dibenci oleh suami.

________________________________________________________________________________________________

Rasulullah SAW bersabda , “Mana-mana perempuan yang meninggal dunia dalam keadaan suaminya redha padanya, maka dia akan masuk syurga”.

(HR At-Tirmidzi)


Dari Aisyah ra yang menceritakan; Aku bertanya Rasulullah; “Siapakah yang paling besar haknya ke atas seorang perempuan?”. Jawab Nabi; “Suaminya”. Aku bertanya lagi; “Siapakah yang paling besar haknya ke atas seorang lelaki?”. Jawab Nabi; “Ibunya”.

(HR al-Hakim)

WALLAHUALAM

14 comments:

  1. jika kita ikuti segala panduan tersebut, insyaAllah kita boleh menjadi wanita yang baik maruahnya..^^

    ReplyDelete
  2. insyaAllah.. kena praktikkan.. hehe..pegang pd rasa tanggungjawab..

    ReplyDelete
  3. eyhh... lagu tu best sgt.. dulu salu dgr.. sapa bawa lagu tu??

    ReplyDelete
  4. insya Allah .. akan bertemu perempuan sebegitu suatu hari nanti ...

    ReplyDelete
  5. eva :tajuk lagu nie Soledad , penyanyi 'Group Westlife', lagu nie dah lame same ngan group nie ~
    tapi suara dy org tetap best .. hehe

    ReplyDelete
  6. Bilik Hijau : Insya'Allah awak akan jumpa perempuan yang awak ingini satu hari nanti ^^ Berdoa sahaja

    ReplyDelete
  7. Isteri solehah, sebaik2 perhiasan dunia..

    ReplyDelete
  8. Zamani, betul lah tu ..
    Perhiasan dunia yang teramat bernilai :)

    ReplyDelete
  9. Harap saya dapat jadi wanita yng solehah.. InsyaAllah.. Thanks!

    ReplyDelete
  10. Cerita Saya: Insya'Allah awak mampu menjadi wanita yang solehah ..
    Amin.

    ReplyDelete
  11. JOM baca :)


    http://berrybabyboo.blogspot.com/2012/01/usaha-tangga-kejayaan.html

    ReplyDelete
  12. link blog awk bg xleh guna la.. feed xleh detect..

    ReplyDelete
  13. owhhh, ek ...
    hmmmm, nti saye check

    ReplyDelete

Hai Readers *big smile*
Tinggalkan comment anda disini,satu pun ok lah ~
Terima Kasih sebab sudi singah ke blog saya :)