Thursday, 1 March 2012

Birthday Saya 1 March, Tapi Ada Benda Yang Korang Tak Tahu . . . :'(

Hai readers ! Jom kita flashback sekejap ^^' hehe . . pada tanggal 1 March 1995 (nasib baik bukan 29/2) lahirlah seorang budak yang sangat *cute* ! (haha, sila abaikan) jam 12.10 a.m. di Hospital Besar Ipoh @ dikenali sekarang sebagai Hospital Raja Permaisuri Bainun dan beri nama Nor Irwani Bt Zulkifli ^^' . .


Mase nie baru umur 3-4 bulan =="
Comel tak? (haha, perasan dah aku)

Sekarang, die dah berusia 17 tahun dan salah seorang mangsa SPM 2012 (doakan saya berjaya dan mendapat keputusan yang baik ) amin . . .



Yang nie dah besar, 17 tahun sudah :)

Ok, berbalik kepada cerita tadi, birthday Wanie jatuh pada hari Khamis yang lepas, tapi baru nak update sekarang. Sebab ape? sebab saya malas ! hehehe . . sebenarnya Wanie tak sempat lagi nak sambut, potong kek or whatever ! (kesian tak)? tolong lah kesian ! ahaks . . . (tapi, bukan wajib pun kan?)

Tapi, thanks sangat-sangat pada yang wish kat FB, mesej kat phone, dekat sekolah, dalam kelas . . Wanie sangat hargai :') terima kasih buat semua. . tapi Wanie sebenarnya sedih. Nak tahu sebab ape? sebab tahun nie arwah atok dah tak de untuk sambut birthday Wanie same-same. Itulah yang Wanie cuba rahsiakan daripada semua orang, daripada parent's, kawan-kawan . . :(

Wanie cucu first, so sememangnya rapat sangat dengan arwah . . tahun lepas, arwah atok belikan kek, peluk Wanie dengan penuh kasih-sayang, bagi kata-kata semangat dan macam-macam lagi untuk cucu kesayangan die. . tapi tahun nie, dah tak de semua tu :'( arwah atok tak sempat nak tengok cucu die nie barjaya untuk mencapai cita-citanya . . itulah benda yang Wanie paling terkilan sekali . . .


Masa nie kecil lagi, mana-mana nak pergi mesti kena ade atok die :)
Tapi, sekarang, semua dah tak de . . . :'(

Tetapi, alhamdullilah, Wanie dapat terima pemergian atok dengan redha ~ Arwah atok meninggal pada tahun lepas, masa tu pertengahan bulan 5, masa tu jugak exam mid year yang tinggal lagi 3 hari nak bermula. Bayangkan pada masa itu, nak belajar pun dah tak boleh terima, sebab asyik nak nangis jew, sebelum start exam mid year tu, memang sepanjang 3 hari tu tak datang sekolah, plus kena demam, sakit kepala yang sangat teruk, muntah bagai, mata bengkak . . terasa sakitnya pada masa tu . . .

Ok, stop, benda dah lepas right? kuatkan semangat kamu Wanie, kalau kamu sedih, nanti effect kesihatan kamu ~. . Insya'Allah, nanti ade mase, Wanie akan sambung pasal entry nie ok . . Sebelum tu, semoga Allah tempatkan arwah atok dikalangan orang-orang yang beriman, amin-amin ya robbal al-lamin . . .Al-Fatihah !

Esok, 5/3/12, ujian bulanan, try the best Wanie :) . . . buat yang terbaik . .


Gambar nie masa 5 tahun, bersama adik :)
Lokasi : dekat rumah arwah atok . . .

2 comments:

  1. al-fatihah untuk atuk hang...sedih kita baca entry ni...
    :(
    tabahkan hati..semoga hang dapat buat yang terbaik untk SPM tahun ni..amin..

    ReplyDelete

Hai Readers *big smile*
Tinggalkan comment anda disini,satu pun ok lah ~
Terima Kasih sebab sudi singah ke blog saya :)