Saturday 31 March 2012

Deactive Facebook =='

Hai readers ! nampak tajuk diatas, haaa Wanie try to deactive facebook maybe 4 months only . . .doakan saya berjaya dalam mengharungi kehidupan tanpa Facebook !

Tu jelah nak bagitahu, ok bai :)
For the rest, nanti kita boleh contact melalui blog nie atau phone . . oke :D (Jangan rindu saya) ahaks! #perasan.


Friday 30 March 2012

Berubah ! Please Pray For Me, Ajal Tak Kira Umur Kan?

Hai readers ! lama dah tak berupdate . Sebab apa? owhh, fikiran sekarang nie entah kemana melayang (ke laut agaknya) :P, actually tak de idea, malas, stress, tak berapa nak sihat, fikiran serba-serbi tak kena, lately nie asyik termenung (ok, nie semua sikap buruk saya) tehehe :)

Semua orang akan mati kan? (kenapa cakap pasal mati nie?) Entahlah, orang kata, kalau kita ingat mati, bermakna kita masih mempunyai 'iman' as a Muslim . .(Alhamdulillah) . .hmmmm, mulai hari nie, Wanie dah berjanji nak berubah, berubah kepada yang lebih baik . .

Ok, Wanie akan deactive facebook, tapi mungkin untuk 4bulan, then nak study betol-betol tahun nie, SPM lah katakan, nak banggakan ibu ayah, nak banggakan arwah atok, nak jadi pandai macam kawan-kawan yang lain, nak dapat result yang terbaik . . .hmmmm

Oh, I really loves you friends, a lot . . .but, I can't describe that in front of you . . (teruk kan) ! aku tak tahu macam mana nak tunjukkan dekat korang yang aku sayang korang sangat-sangat . .


#but, Insya-Allah, friends till Jannah :)

Saturday 24 March 2012

Mampu Ke Aku Jadi Kawan Yang Baik?


Hai readers ! sorry sebab jarang update ==' hari nie nak cakap tentang kawan ! tengok 'title' di atas. Apa definisi kawan bagi korang?

Ok, pada pandangan wanie, kawan yang baik dan ikhlas ialah kawan yang sanggup bersama-sama dengan kita waktu susah dan waktu kita sakit . . betul kan? bila time senang, semua nak kawan dengan kita . . (it's my opinion) !

Apa yang diperlukan untuk menjadi kawan yang baik? kita mestilah baik dengan orang tu, then, bila orang tu ada masalah, die nak share problem die dengan kita, itulah yang di panggil kawan ! bila kita ade masalah, kita share problem kita dengan dia pulak . . itu lah kawan yang sejati ^^' jangan kita simpan problem tu sorang-sorang . . . sebab masalah nie, bila kita simpan sorang-sorang, buat sakit diri jew . . .

Ok, semua orang ada masalah, wanie pun ade masalah, jadi kita perlukan seseorang untuk mendengar our problems ! effectnya, we can feel much better :)


Wanie cuma rase, mampu ke wanie jadi kawan yang baik? sebab bila kawan ade masalah, wanie langsung tak boleh nak tolong, wanie hanya mampu lihat die menangis, tapi tak mampu nak bagi kata-kata semangat :( , ok tak pe, itu hak masing-masing nak cerita problems die atau tidak !

Tapi, bila ade kawan rapat yang kadang-kadang diam, tak nak share problem dengan wanie, wanie dah rase serba salah sebab tak mampu nak buat die senyum kembali :'( . .

Friends, bersyukur sebab Allah bagi wanie kawan-kawan yang pandai lagi baik ~~ korang kena ingat, aku sentiasa ade untuk korang luahkan perasaan :) keep my promise !
Sayang korang <3


Monday 12 March 2012

Jom jadi geng KAMI BLOGGER MALAYSIA

Hai readers ! ohhh, sebelum tu thanks buat Kak Siti yang tag wani untuk join benda nie (: so, korang kalau nak tahu ape benda nie, jomlah join ok :D


Click Banner utk Join =='

Ohh, sebelum terlupa, Wanie berasal dari Ipoh, Perak ;) Saya tag :-

1) http://zamani84.blogspot.com/
2) http://blueranger-theonlyone.blogspot.com/
3) http://aisyahzulkifli.blogspot.com/
4) http://sorryteddybear.blogspot.com//
5) http://yayatiti.blogspot.com//

Sunday 11 March 2012

Contest Aku Suka Makan Coklat !!

Hai readers ! today Wanie join satu contest yang sangat awesome, contest 'aku suka makan coklat' hehehe! macam tahu-tahu I peminat setia coklat ~~ contest nie juga dibuat sempena ulang tahun kelahiran Admin yang ke 22 . . so happy birtday :) (may your wish come true) :D

Para bloggers yang lain, silakan join this contest, hadiah die pun coklat !! yummy ^^'

Click banner untuk join . . .

Ok, sebab ape Wanie suka makan coklat? pertama, coklat tu mempunyai aura yang tersendiri yang mampu menarik minat semua orang utk memakannya, tak kiralah orang dah berusia ke, orang dewasa ke, dan pastinya kanak-kanak amat suka makan coklat~~ saya kanak-kanak lagi, (haha, perasan sudah) tu yang bila saya makan coklat, susah saya nak berkongsi dengan orang lain (nampak sanggt kedekutnya) haha, tak de lah, saya baik ok ! (:


Kebetulan baru balik dari Genting ~~
Kebetulan pulak baru pergi kedai coklat kat sana (:
Kebetulan, ada pulak contest nie ^^' hehehe

Next is, coklat ialah benda yang paling sedap, sampai tak tahu nak gambarkan macam mana . . sebab bila kita makan, kita dapat rasa lemak-lemak die, kesedapan, manis die, cukup rase lah !! (membuatkan Wanie lapar) . . . hehehe

Lagi, coklat dapat membuatkan kita tenang, sebab Wanie ade migrain, so bila makan coklat, setidak-tidaknya ia mampu membuatkan Wanie rase lebih relaks ==' owhhh, satu fakta lagi, coklat tidak akan membuatkan korang gemuk ok~! sape yang tak suka makan tu sebab takut gemuk, korang dah silap . . . hehe

Hmmmm, kalau Wanie dah start makan coklat, memang susah nak stop, kalau beli coklat pun, makan coklat yang murah-murah dulu, yang mahal-2 tu simpan dulu (tapi, taklah sampai expired) kehkehkeh . . . coklat owhhh my sweety, I Love You <3 hehe, saya tetap akan setia menjadi kekasih anda . . .

Last, bile saya kena marah ke, sedih or ape ape je, coklat yang saya cari, saya duduk dalam bilik sorang-2, dan makan coklat senyap-senyap . . itulah serba sedikit sebab saya suka makan coklat

#p/s : birthday saya baru-baru nie pun orang bagi saya hadiah coklat ~~ nampak sangat kaki coklat . .hehehe (saya suka makan coklat, hari-hari saya nak makan coklat)


Mangsa tag : kak Siti, Hayati & Iffah

Wednesday 7 March 2012

Jangan Bersedih, Dunia Ini Terlalu Kecil Untuk Ditangisi =='

Hai readers ! Jom kita baca artikel nie same-same . . ^^'

Kesedihan adalah satu fitrah yang Allah ciptakan kepada hambaNya.

Kadangkala kesedihan mampu membuat kita kembali kepadaNya, dan kadangkala juga kesedihan membawa kita jauh darinNya. Semuanya berlaku kerana izin Allah Ya Rabbul Izzati. Maka kemanakah tempat terbaik untuk kita mencurahkan kesedihan agar ia tidak menjadi perkara yang sia-sia?

Acap kali, manusia itu bersedih kerana perkara duniawi semata-mata. Apabila kita gagal dalam peperikasaan kita akan bersedih. Ketika putus cinta dengan sang kekasih kita akan bersedih. Hatta apabila kita kehilangan sesuatu yang kita sayangi, kita juga pasti akan bersedih. Persoalannya, wajarkah untuk kita bersedih semata-mata perkara dunia yang kelihatan besar di mata kita, sebenarnya terlalu kecil disisi Allah Azzawajalla.

Dalam sebuah Hadith Sahih disebutkan:

Seandainya nilai dunia ini disisi Allah sama nilainya dengan sayap seekor nyamuk, nescaya Allah tidak akan memberi mnum kepada orang kafir walau seteguk air pun.

Menurut Allah, dunia lebih tidak berharga dari sayap seekor nyamuk. Maka inilah hakikat sebenar nilai dan timbangan dunia ini disisi Allah. Lalu atas alasan apa untuk kita bersedih dan gelisah kerana hal dunia semata-mata?

Sheikhul Islam Ibnu Taimiyyah seorang ulama yang sangat masyur pernah mengatakan bahawa:

Mengingati Allah itu ibarat air kepada ikan,lihat keadaan ikan apabila berjauhan tanpa air.

dan Ibnu Qayyim Al Jauziyyah juga pernah mengatakan bahawa:

Di dalam hati manusia ada kesedihan dan tidak akan hilang kecuali gembira mengenali Allah

Sakinah atau kebahagian adalah apabila anda merasa aman atas diri sendiri masa depan, keluarga dan kehidupan anda sendiri. Dan semua ini terhimpun dalam keimanan, redha terhadapa qadha' dan qadhar serta diiringi oleh sifat qana'ah dan sabar.

Oleh itu kita harus kembali kepada hakikat hidup yang sebenar, jadikanlah kesedihan itu sebagai ruang untuk kita meraih pahala daripadaNya dan bukannya kita lemparkan dan luahkan segala kesedihan kita semata-mata kerana dunia, kerana dunia ini terlalu kecil untuk ditangisi . . .sekian

Petikan dari 'iluvislam' . . .

Saturday 3 March 2012

1 st Giveaway by Ratu & Queen

Hai readers ! Wanie ade join satu GA yang sangat awesome yang ditag oleh Kak Siti (a.ka. aiskrim coklat) ==' u know why I want to join this GA? because hadiah die memang menarik + best $_$ . So, apa lagi, jom lah join ! lagi ramai lagi meriah :)


Click banner yang comel ini for more information :)

Saya tag : Aisyah, Cik Yatt, & Syafiqah

"Segmen : Aku Ada Blog"

Hai readers ! hari nie Wanie nak update pasal satu segmen yang Wanie dapat tahu dari Kak Siti ! Apa lagi, jom lah join :)


Click banner yang comel nie . .
Tertakluk kepada terma & syarat (:

a) Nama Samaran : Wanie a.k.a Irwani Zulkifli
b) Nama Blog : Irwani Zulkifli Life's
c) Url Blog : http://colourfuldaysofwanie.blogspot.com/
d) Usia Blog : 5 bulan 3 hari (new born) hehehe

Segmen I Follow You, I Will Get A Gift.

Hai readers ! Jom join segmen nie ^^ . Syarat pun senang ya amat . . Dateline until 14th March 2012 . . :)


Click banner kalau nak join . . (:

Friday 2 March 2012

Terukir Di Bintang

Hai readers ! hari nie wanie nak share satu lagu Yuna yang sangat awesome ~ lagu nie best sangat, Terukir Di Bintang (tekan kalau nak download) . . sape dah dengar? best kan ! video die smart . . ft with Qi Razali, kekasih hati die . . . sweet gitu :)

Jom usha video die pada yang belum tengok lagi, kalau yang dah tengok macam mane? tengok la sekali lagi . . .hahahaha :P



Lirik

Jika engkau minta intan permata tak mungkin ku mampu
Tapi sayangkan ku capai bintang dari langit untukmu
Jika engkau minta satu dunia akan aku coba
Ku hanya mampu jadi milikmu pastikan kau bahagia

Hati ini bukan milik ku lagi
Seribu tahun pun akan ku nanti
Kan… kamu…

Sayangku
Jangan kau persoalkan siapa dihatiku
Terukir di bintang tak mungkin hilang cintaku padamu


Thursday 1 March 2012

Birthday Saya 1 March, Tapi Ada Benda Yang Korang Tak Tahu . . . :'(

Hai readers ! Jom kita flashback sekejap ^^' hehe . . pada tanggal 1 March 1995 (nasib baik bukan 29/2) lahirlah seorang budak yang sangat *cute* ! (haha, sila abaikan) jam 12.10 a.m. di Hospital Besar Ipoh @ dikenali sekarang sebagai Hospital Raja Permaisuri Bainun dan beri nama Nor Irwani Bt Zulkifli ^^' . .


Mase nie baru umur 3-4 bulan =="
Comel tak? (haha, perasan dah aku)

Sekarang, die dah berusia 17 tahun dan salah seorang mangsa SPM 2012 (doakan saya berjaya dan mendapat keputusan yang baik ) amin . . .



Yang nie dah besar, 17 tahun sudah :)

Ok, berbalik kepada cerita tadi, birthday Wanie jatuh pada hari Khamis yang lepas, tapi baru nak update sekarang. Sebab ape? sebab saya malas ! hehehe . . sebenarnya Wanie tak sempat lagi nak sambut, potong kek or whatever ! (kesian tak)? tolong lah kesian ! ahaks . . . (tapi, bukan wajib pun kan?)

Tapi, thanks sangat-sangat pada yang wish kat FB, mesej kat phone, dekat sekolah, dalam kelas . . Wanie sangat hargai :') terima kasih buat semua. . tapi Wanie sebenarnya sedih. Nak tahu sebab ape? sebab tahun nie arwah atok dah tak de untuk sambut birthday Wanie same-same. Itulah yang Wanie cuba rahsiakan daripada semua orang, daripada parent's, kawan-kawan . . :(

Wanie cucu first, so sememangnya rapat sangat dengan arwah . . tahun lepas, arwah atok belikan kek, peluk Wanie dengan penuh kasih-sayang, bagi kata-kata semangat dan macam-macam lagi untuk cucu kesayangan die. . tapi tahun nie, dah tak de semua tu :'( arwah atok tak sempat nak tengok cucu die nie barjaya untuk mencapai cita-citanya . . itulah benda yang Wanie paling terkilan sekali . . .


Masa nie kecil lagi, mana-mana nak pergi mesti kena ade atok die :)
Tapi, sekarang, semua dah tak de . . . :'(

Tetapi, alhamdullilah, Wanie dapat terima pemergian atok dengan redha ~ Arwah atok meninggal pada tahun lepas, masa tu pertengahan bulan 5, masa tu jugak exam mid year yang tinggal lagi 3 hari nak bermula. Bayangkan pada masa itu, nak belajar pun dah tak boleh terima, sebab asyik nak nangis jew, sebelum start exam mid year tu, memang sepanjang 3 hari tu tak datang sekolah, plus kena demam, sakit kepala yang sangat teruk, muntah bagai, mata bengkak . . terasa sakitnya pada masa tu . . .

Ok, stop, benda dah lepas right? kuatkan semangat kamu Wanie, kalau kamu sedih, nanti effect kesihatan kamu ~. . Insya'Allah, nanti ade mase, Wanie akan sambung pasal entry nie ok . . Sebelum tu, semoga Allah tempatkan arwah atok dikalangan orang-orang yang beriman, amin-amin ya robbal al-lamin . . .Al-Fatihah !

Esok, 5/3/12, ujian bulanan, try the best Wanie :) . . . buat yang terbaik . .


Gambar nie masa 5 tahun, bersama adik :)
Lokasi : dekat rumah arwah atok . . .